Makanan tambahan kalsium Kalsium

Terdapat pengesyoran yang bercanggah tentang bila masa makanan tambahan kalsium harus diambil. Walau bagaimanapun, kebanyakan penyelidik bersetuju bahawa pengambilan kalsium tidak harus melebihi 500 mg pada satu-satu masa kerana sebarang lebihan akan dikumuh oleh badan. Pengambilan sukatan disyorkan agar diagih-agihkan dalam sehari, dengan sukatan terakhir dekat dengan masa tidur. Pengambilan kalsium seharian yang disyorkan berubah-ubah daripada 1000 ke 1500 miligram bergantung kepada peringkat usia.

  • Kalsium karbonat adalah bahan tambahan yang paling biasa ditemui dan yang kurang mahal. Namun ia amat sukar untuk dicerna dan akan menyebabkan sendawa pada sesetengah orang. Pengambilan magnesium bersama dengan kalsium dapat membantu mencegah sembelit. Kalsium karbonat mengandungi 40% unsur kalsium yakni 1000 mg sebatian ini akan membekalkan 400 mg kalsium.
  • Kalsium sitrat lebih mudah diserap (keperolehan biologinya 2.5 kali ganda lebih tinggi daripada kalsium karbonat), lebih mudah dicerna dan berkemungkinan rendah menyebabkan sembelit dan sendawa berbanding dengan kalsium karbonat. Ia juga mempunyai risiko yang lebih rendah kepada pembentukan karang ginjal. Kalsium sitrat mengandungi 21% unsur kalsium, di mana 1000 mg sebtaian ini akan membekalkan 210 mg kalsium tulen. Ia lebih mahal berbanding kalsium karbonat dan lebih banyak harus diambil untuk memperoleh jumlah kalsium yang sama seperti kalsium karbonat.
  • Kalsium fosfat adalah lebih mahal berbanding kalsium karbonat, tetapi kurang daripada kalsium sitrat. Ia mudah diserap dan berkemungkinan rendah untuk mengakibatkan sembelit dan sendawa berbanding kedua-dua di atas.
  • Kalsium laktat dan kalsium aspartat kesua-duanya lebih mudah dicerna, tetapi lebih mahal daripada kalsium karbonat.

Rujukan

WikiPedia: Kalsium http://www.webelements.com/webelements/elements/te... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://ods.od.nih.gov/factsheets/calcium.asp http://www.nal.usda.gov/fnic/foodcomp/Data/SR17/wt... http://en.wikipedia.org/wiki/Chemical_elements_dat... https://catalogue.bnf.fr/ark:/12148/cb11976285h https://data.bnf.fr/ark:/12148/cb11976285h https://id.loc.gov/authorities/subjects/sh85018768 https://d-nb.info/gnd/4069806-3 https://id.ndl.go.jp/auth/ndlna/00565069